Site icon TechNave BM

Kiasan video pendek untuk generasi terbaru siri Redmi yang akan dilancarkan tidak lama lagi

Bercakap sahaja tentang keluaran terbaru telefon pintar, secara automatik terlintas difikiran harganya yang boleh mencecah ribuan ringgit. Lain pula dengan peranti keluaran Xiaomi dimana syarikat itu mengambil langkah dengan meletakkan harga mampu milik untuk setiap model yang dilancarkan.

Selepas siri Redmi 8 dan Redmi Note 8 yang telah dilancarkan pada pertengahan kedua tahun 2019, kini syarikat itu bakal mengeluarkan generasi baru iaitu siri Redmi 9 and Redmi Note 9 dengan kuasa yang lebih tinggi serta harga yang berpatutan.

Berita ini telah dikongsi sendiri oleh Naib Presiden Global Xiaomi, Manu Kumar Jain, di laman Twitter hari ini. Beliau turut berkias tentang keluaran Redmi untuk tahun 2020 pada keterangan video yang telah dikongsikan. Walau bagaimanapun video pendek berdurasi 17 saat itu tidak memberi sebarang maklumat. Mungkin syarikat itu ingin membuat satu kejutan dengan menyerlahkan sesuatu yang menarik untuk kita!

Mengikut tempoh masa antara pelancaran siri Redmi Note 7 pada Februari 2019 dan siri Note 8 pada Ogos 2019, siri Redmi yang baru ini dijangka akan dilancarkan tidak lama lagi. Kemungkinan model kali ini menggunakan cipset MediaTek Helio G70 yang baharu untuk penambahan kuasa pada CPU dan GPU.

Beritahu kami apa yang anda fikirkan mengenai model terbaru Redmi ini di laman Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk mengetahui kemas kini berita teknologi terkini.

Exit mobile version