Site icon TechNave BM

Kilang Apple tutup buat pertama kali dalam tempoh sedekad

Buat pertama kali sejak wabak COVID-19 melanda pada 2020, kekangan rantaian bekalan komponen telah memaksa Apple menghentikan pengeluaran barisan iPhonenya. Menurut laporan dari Nikkei, Apple terpaksa menghentikan proses pemasangan selama beberapa hari buat kali pertama dalam lebih 10 tahun disebabkan oleh pengehadan rantaian bekalan dan sekatan kuasa China yang berterusan.

Menurut Nikkei Asia, Apple menghentikan pemasangannya untuk iPhone dan iPad. Kilang syarikat itu kebiasaannya akan beroperasi 24 jam setiap hari untuk memenuhi permintaan musim cuti. Tetapi, buat pertama kali dalam tempoh lebih sedekad, pekerjanya tidak perlu melakukan kerja lebih masa atau terlebih syif.

Sebaliknya, mereka mendapat cuti selama beberapa hari daripada bekerja keras. Tindakan ini bukanlah kemahuan Apple. Salah satu sebab keputusan untuk memberi pekerja cuti adalah kerana isu bekalan komponen secara global. Memandangkan terdapat kekurangan komponen, Apple tidak mahu mengeluarkan kos lebih untuk membayar gaji pekerjanya.

Selain itu, terdapat sekatan mengenai penggunaan tenaga kerja dalam industri di China. Ini bermakna stok untuk iPhone dan iPad mungkin tidak mencukupi dalam beberapa minggu akan datang.

Apakah pandangan anda mengenai perkara ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: engadget

Exit mobile version