Site icon TechNave BM

Kingston lancarkan pemacu USB Edisi Khas 2021 Mini Cow 64GB di Malaysia, berharga RM89

Terkini, Kingston telah melancarkan pemacu kilat USB istimewa di pasaran Malaysia. Edisi khas pemacu kilat USB ini hadir dengan figura kartun lembu dan ditawarkan pada harga RM89 sahaja.

Edisi khas untuk tahun 2021 ini mengetengahkan rekaan kartun lembu yang diletakkan dalam bekas berfigura botol yang comel. Pemacu kilat USB Mino Cow ini dilengkapi kapasiti 64GB dan sokongan USB 3.2 Gen 1.

Jika anda berminat, anda boleh mendapatkannya bermula pada 21 Januari ini di mana-mana kedai Kingston atau pengedar Kingston yang sah pada harga RM89. Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web rasmi Kingston.

Adakah anda berminat dengan pemacu kilat USB Mini Cow yang comel ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version