Site icon TechNave BM

Kingston umum 2 Flash Drive USB-C baharu, storan hingga 256GB dengan harga bermula RM24

Mungkin masih ramai pengguna di luar sana yang setia menggunakan teknologi pemacu pena (pen drive) atau pemacu kilat (flash drive) untuk menyimpan fail. Oleh kerana komputer riba zaman kini telah mula mewujudkan port USB-C, Kingston Malaysia kini mengumumkan dua pemacu kilat jenis USB-C baharu; DataTraveler 80 dan DataTraveler 70.

Perbezaan DataTraveler 80 dan DataTraveler 70 adalah pada aspek kelajuan memindahkan fail dan pilihan kapasiti storan. DataTraveler 80 hadir dengan kelajuan 200MB/s Baca dan 60MB/s Tulis, manakala DataTraveler 70 hadir dengan kelajuan USB 3.2 Gen 1. Untuk kapasiti storan pula, DataTraveler 80 menawarkan sehingga 256GB.

Pilihan kapasiti storan dan harga:

ProdukKapasiti StoranHarga
DataTraveler 8032GBRM53
DataTraveler 8064GBRM76
DataTraveler 80128GBRM130
DataTraveler 80256GBRM209
DataTraveler 7032GBRM24
DataTraveler 7064GBRM42
DataTraveler 70128GBRM81

Kedua-dua pemacu ini bukan sahaja boleh digunakan pada komputer riba, tetapi juga telefon pintar Android dan tablet. Dengan pembelian, anda juga layak menerima waranti selama lima tahun.

Anada boleh mendapatkannya di kedai rasmi Kingston di Lazada. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version