Site icon TechNave BM

Kini anda tidak perlu lagi muat turun aplikasi Google Meet dan Gmail secara berasingan

Pada bulan lepas, aplikasi Meet dari Google telah menjadi percuma untuk memudahkan pengguna bertemu di atas talian. Kini, ianya telah diintegrasikan di dalam aplikasi Gmail di telefon pintar anda.

Berdasarkan laman web blog rasmi Google, aplikasi Meet kini dijadikan sebagai salah satu ciri di dalam Gmail. Semua pengguna telefon pintar Android dan iOS boleh menikmati ciri ini dalam masa terdekat. Ini memudahkan pengguna kerana mereka tidak perlu lagi muat turun kedua-dua aplikasi secara berasingan di dalam telefon pintar mereka.

Dalam minggu yang terdekat, anda akan perasan tab baru untuk Meet akan ditambah di dalam aplikasi Gmail dan anda boleh gunakan ciri tersebut dengan hanya satu sentuhan sahaja.

Jika anda tidak mahu menggunakan ciri baru tersebut, anda boleh menyahaktifkan ciri itu di dalam tetapan aplikasi Gmail.

Bagaimana dengan langkah bijak baru dari Google ini? Langkah ini semestinya memudahkan pengguna seluruh dunia untuk berkomunikasi di atas talian terutamanya di waktu kini yang dilanda pandemik COVID-19. Terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version