Site icon TechNave BM

Kini HUAWEI P50 pula mungkin tidak akan sertakan pengecas dalam kotak

Selepas iPhone 12 menjadi telefon pintar pertama yang tidak dipasarkan bersama pengecas dalam kotaknya, beberapa jenama telefon pintar lain mengikuti langkah tersebut seperti Samsung untuk Galaxy S21. Kini, HUAWEI juga mungkin akan mengambil langkah sama untuk telefon andalan seterusnya iaitu HUAWEI P50.

Walau bagaimanapun, HUAWEI mengambil langkah ini bukannya atas alasan mesra alam seperti Apple tetapi kerana masalah kekurangan cipset untuk pengecas telefon. Antara telefon yang tidak akan dipasarkan bersama pengecas adalah siri HUAWEI Mate 40, nova 8 dan telefon yang dilengkapi cipset Kirin 990.

Walau bagaimanapun, pengecas telefon tersebut masih boleh dibeli secara berasingan. Telefon andalan HUAWEI P50 juga mungkin tidak akan mempunyai pengecas dalam kotak dan akan dijual secara berasingan. Ia dikhabarkan akan dilancar pada hujung bulan April dan akan dilengkapi dengan sensor kamera Sony IMX800.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version