Site icon TechNave BM

Kini Instagram pula bangunkan fungsi mirip Clubhouse

Dengan kebangkitan populariti aplikasi perkongsian audio Clubhouse yang semakin mendadak sejak awal tahun ini, pelbagai perkhidmatan media sosial ingin memperkenalkan fungsi mirip Clubhouse mereka sendiri. Selepas Twitter dan Xiaomi dilaporkan sedang membangunkan ciri tersebut, kini Instagram juga nampaknya akan melakukan perkara sama.

Menurut pengkhabar berita teknologi Alessandro Paluzzi, Facebook sedang membangunkan fungsi Audio Rooms di mana pengguna terpilih boleh berkongsi kandungan audio mereka. Jika ia diperkenalkan nanti, ia mungkin akan memberikan saingan sengit terhadap Clubhouse kerana Instagram sudah pun digunakan oleh kebanyakan pengguna iOS dan Android.

Di samping itu, Alessandro turut mengatakan Instagram sedang membangunkan beberapa fungsi baru seperti akses kepada panggilan video dalam profil pengguna dan pengenalan penyulitan hujung-ke-hujung (end-to-end encryption) dalam ruangan mesej.

Terdapat juga fungsi Affiliates, di mana pengguna mungkin boleh menjana wang daripada kandungan mereka yang dimuat naik.

Adakah anda berminat untuk menggunakan fungsi mirip Clubhouse dalam Instagram? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version