Site icon TechNave BM

Kini Microsoft pula beri amaran kepada pelanggan yang ingin membeli “game” Cyberpunk 2077

Semalam, Sony telah membuang game Cyberpunk 2077 daripada PlayStation Store berikutan situasi game tersebut yang tidak dapat dimainkan dengan baik dalam konsol PlayStation 4 (PS4). Kini, Microsoft pula bertindak memberi amaran kepada pelanggannya, mengatakan bahawa game Cyberpunk 2077 di Microsoft Store mempunyai masalah jika dimainkan dalam Xbox One.

Pengguna Xbox yang telah membeli game tersebut sebelum ini boleh mendapatkan wang mereka kembali (refund) jika mereka ingin berbuat demikian. Ini adalah langkah serupa yang diambil oleh Sony, di mana pelanggan yang telah membeli game itu di PlayStation akan menerima semula wang mereka selepas game tersebut dibuang daripada PlayStation Store.

Cyberpunk 2077 kini berada dalam kancah kontroversi kerana game tersebut tidak dapat dimainkan dengan stabil dalam konsol PS4 dan Xbox One.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version