Site icon TechNave BM

Kini OnePlus masuk ke kancah jam tangan pintar, OnePlus Watch diluluskan di Singapura

Setelah mula melancarkan peranti kelas pertengahan pertamanya, OnePlus Nord, OnePlus kini dilihat bakal melancarkan One Plus Watch pula. Sebenarnya, hal ini tidak asing lagi kerana beberapa jenama syarikat telefon pintar lain turut melancarkan jam tangan pintar.

Berita kehadiran OnePlus Watch muncul melalui sumber yang mendedahkan kelulusannya di IMDA (Infocomm Media Development Authority) Singapura. Anda boleh lihat sendiri nama OnePlus Watch melalui cebisan dari kelulusan IMDA ini.

Setakat ini, OnePlus masih tidak memberi apa-apa maklumat rasmi berkenaan pelancaran jam tangan pintar. Namun, pengasas kedua OnePlus, Carl Pei dilihat memuat naik siaran mengenai jam tangan pintar seperti di bawah.

Bekemungkinan, maklumat mengenai OnePlus Watch akan mula hadir pada hari-hari yang berikutnya.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Baca berita lepas mengenai OnePlus dan peranti termurah baru OnePlus mungkin berharga ~RM895!

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version