Site icon TechNave BM

Kini pengumuman iPhone 9 mungkin akan ditunda ke tarikh yang belum ditentukan

Sebelum ini media melaporkan bahawa iPhone kelas pertengahan, iPhone 9, akan dilancarkan lewat tahun ini. Walau bagaimanapun laporan terbaru mengatakan bahawa pelancaran telefon pintar itu mungkin akan ditangguh buat sementara.

Menurut laman web Cult of Mac, penangguhan ini adalah kerana Apple terpaksa membatalkan Konferens Pembina Sedunia (Worldwide Developers Conference, WWDC) kerana pihak berkuasa di tempat penganjuran majlis tersebut telah melarang sebarang perhimpunan yang melebihi 1,000 orang untuk membendung penyebaran wabak COVID-19.

WWDC adalah acara tahunan yang biasanya diadakan pada bulan Mac atau April di mana Apple turut mengumumkan peranti baru dalam acara tersebut. Untuk tahun ini, iPhone 9, iOS 14 dan barisan iPad Pro baru dijangkakan akan diumumkan.

Sumber juga mengatakan bahawa penangguhan itu adalah kerana situasi wabak COVID-19 di China yang menjejaskan rantai bekalan dan pengilangan peranti baru Apple, jadi sukar untuk syarikat itu menetapkan tarikh pelancaran produknya.

Sejauh mana agaknya wabak COVID-19 ini akan menjejaskan Apple dan industri peranti elektronik? Beri pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version