Site icon TechNave BM

Kini Spotify pula lancarkan fungsi perkongsian audio bernama Greenroom, serupa Clubhouse

Sejak Clubhouse meraih populariti mendadak pada awal tahun ini, pelbagai perkhidmatan media sosial telah memperkenalkan fungsi perkongsian audio mereka sendiri seperti Twitter Spaces atau Facebook Live Audio Room. Kini giliran Spottify pula untuk menyertai trend ini dengan melancarkan Spotify Greenroom untuk platform iOS dan Android di 135 negara.

Greenroom merupakan perkembangan daripada fungsi Locker Room yang dibina oleh syarikat Betty Labs dan telah dibeli oleh Spotify pada bulan Mac lalu. Ia membenarkan pengguna untuk membuka sebuah bilik audio (live room) secara langsung dan menjemput pengguna lain untuk berkongsi audio mereka.

Pengguna juga dibenarkan untuk merekod percakapan mereka dan menukarkannya kepada format podcast untuk pendengar yang tidak sempat menyertai bilik audio secara langsung. Spotify juga mengumumkan inisiatif Spotify Creator Fund, di mana penganjur bilik audio boleh menjana wang daripada fungsi tersebut.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan mula menggunakan Spotify Greenroom dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Spotify

Exit mobile version