Site icon TechNave BM

Kini Xiaomi pula patenkan telefon dengan skrin boleh gulung

Sejak pengenalan OPPO X 2021 dengan skrin boleh gulung pada bulan lepas, terdapat syarikat lain yang turut menyatakan hasrat untuk membuat telefon skrin gulung mereka sendiri. Kini Xiaomi pula mungkin akan menghasilkan sebuah telefon skrin gulung dengan mendaftarkan paten untuknya.

Paten Xiaomi yang didaftarkan dengan Pejabat Paten dan Tanda Dagangan Amerika Syarikat (USPTO) telah menunjukkan rekaan ringkas telefon tersebut yang mempunya skrin boleh dipanjangkan ke sisi untuk menjadi sebuah tablet.

Seorang pereka, Jermaine Smit, menghasilkan imej janaan komputer berdasarkan lakaran dalam paten tersebut dan menunjukkan bahawa skrin tersebut mungkin akan mengelilingi keseluruhan telefon seperti dalam Mi Mix Alpha. Perlu diingat bahawa ini sekadar imej buatannya sendiri dan bukanlah gambar rasmi daripada Xiaomi.

Apakah pendapat anda tentang paten ini? Kongsi bersama kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Let’s Go Digital

Exit mobile version