Site icon TechNave BM

Kiple lancarkan KipleMall untuk memperkukuh ekosistem pelajar dengan kerjasama University Book Store Malaysia

Kiplepay Sdn Bhd (“Kiple”) melancarkan KipleMall iaitu platform e-dagang yang mempunyai lebih 70 juta peniaga dalam aplikasi mudah alih Kiple di mana ia berpotensi menjangkau 280,000 pelajar atas kerjasama universiti tempatan utama, antaranya UiTM, UUM, UPM, UPSI dan UTeM. Peniaga dengan produk dan perkhidmatan berkaitan pelajar yang berminat boleh menyertai KipleMall serta nikmati perkongsian pengiklanan dan pemasaran bersama Kiple tanpa kos tambahan.

Universiti juga boleh menjalinkan kolaborasi jenama bersama dengan KipleMall menerusi KipleUNI Community dalam aplikasi Kiple atau e-dompet mereka. Kemudahan ini membolehkan mereka memperibadikan produk dan perkhidmatan untuk pelajar mengikut universiti masing-masing. Universiti juga boleh mendaftar sebagai peniaga utama di mana pelajar dalam kampus boleh menjalankan penjualan dan pembelian produk dengan mudah.

KipleMall bekerjasama dengan University Book Store Malaysia (UBSM) sebagai pembekal kedai buku rasmi dan penghubung kepada pelbagai penerbit. UBSM merupakan sumber yang hebat untuk KipleMall dalam memberikan pelajar akses terhadap buku, e-buku, alatan pembelajaran, buku kerja, kertas ujian dalam talian dan banyak lagi.

Dalam pada itu, Kiple menjalankan beberapa kempen dan inisiatif untuk pelajar mendapatkan RM10 kredit PERCUMA ke dalam dompet Kiple mereka apabila membuat pembelian minimum RM50 melalui platform ini. Kempen Back to Uni turut dilancarkan untuk pelajar membeli dengan hanya RM1 menggunakan Kad Prabayar Visa Kiple. Pelajar juga berpeluang untuk memperoleh wang saku tambahan hingga RM700 sebulan melalui program rujukan KipleUNI Ambassador bagi setiap rujukan yang berjaya.

Untuk maklumat lanjut mengenai KipleMall, muat turun aplikasi Kiple dan layari Kiple Marketplace daripada halaman utama aplikasi tersebut. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version