Site icon TechNave BM

KJ anjur acara untuk ajak penggiat IT tempatan bina semua perkhidmatan kerajaan secara digital

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan bahawa beliau akan menganjurkan sebuah acara pemprograman komputer beramai-ramai (hackathon) dengan tujuan untuk membawa lebih banyak perkhidmatan kerajaan ke dalam penggunaan digital.

Menurut sebuah ciapan beliau, 48 peratus perkhidmatan kerajaan masih ditawarkan secara luar talian atau bukan dalam talian sepenuhnya. Acara ini bertujuan menyelesaikan masalah ini dengan penyertaan daripada golongan profesional tempatan.

Beliau akan melancarkan acara ini pada hari Jumaat. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk teknologi terkini.

Exit mobile version