Site icon TechNave BM

KKD akan pantau dan sekat video ajaran sesat yang disebar dalam media sosial

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD) Fahdmi Fadzil berkata kementeriannya akan terus memantau dan menyekat sebarang penyebaran video berunsur ajaran sesat, termasuk untuk video yang berasal dari negara jiran.

KKD, menerusi agensi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan majlis-majlis agama negeri untuk mengekang penularan ajaran sesat. Mereka juga akan memastikan bahawa individu yang terlibat dengan penularan ajaran itu juga boleh dikenakan tindakan.

Beliau mengingatkan rakyat untuk tidak menyebarkan bahan fitnah melibatkan 3R (religion, race, royalty). Apabila pihaknya menerima permohonan untuk mengambil tindakan terhadap sebuah video ajaran sesat, SKMM akan segera berhubung dengan penyedia perkhidmtan platform yang berkaitan.

Baru-baru ini, terdapat sebuah video yang tular dalam media sosial tempatan di mana ia menunjukkan sebuah pesantren di negara jiran yang menyanjung Israel. Pesantren itu didakwa turut disertai oleh segolongan warganegara Malaysia yang menimbulkan kebimbangan dalam kalangan netizen.

Selain isu ajaran sesat, KKD akan terus memantau penyebaran maklumat berunsur penipuan, scam dan penjualan bahan terlarang seperti dadah.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version