Site icon TechNave BM

KKD bakal tubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia

Kerajaan bercadang untuk menubuhkan Suruhanjaya Keselamatan Siber Malaysia sebagai sebahagian daripada usaha memperkukuh keselamatan siber di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Bercakap pada perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) di sini hari ini, beliau berkata KKD akan bekerjasama dengan agensi berkaitan seperti CyberSecurity Malaysia (CSM) untuk menubuhkan suruhanjaya itu.

Fahmi juga berkata beberapa pindaan yang melibatkan agensi KKD seperti Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang yang bermula 13 Februari.

Fahmi juga berkata kajian semula pelaksanaan rangkaian 5G di Malaysia akan selesai pada akhir Mac dan proses itu kini di peringkat mengumpul maklum balas serta bertemu dengan semua pihak berkaitan.

5G bukan sahaja memainkan peranan akses perkhidmatan tetapi juga sebagai cara mengurus teknologi dan mampu membantu menyediakan masa depan Madani (sivil) yang lebih baik. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: BERNAMA

Exit mobile version