Site icon TechNave BM

KKD dan SKMM akan bertemu Telegram pada 19 Jun 2023

Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil, mengatakan beliau dan agensi penguatkuasaan digital Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bakal mengadakan pertemuan dengan pihak Telegram pada hari ini.

Beliau berkata demikian selepas ditanya tentang isu keselamatan siber yang berkaitan dengan aplikasi pemesejan tersebut.

Sebelum ini, beliau menyatakan Telegram merupakan satu-satunya pihak media sosial yang enggan bekerjasama dengan KKD dalam menangani isu penularan berita palsu, penyebaran kandungan lucah, perniagaan dadah dan sebagainya.

Pada masa yang sama, pihak Telegram bertindak balas dengan mengatakan mereka enggan terlibat dengan penguatkuasaan daripada KKD kerana tidak mahu terlibat dalam sebarang tapisan politik.

KKD pernah menyatakan bahawa terdapat kemungkinan untuk Telegram disekat di Malaysia, namun buat masa ini kementerian itu masih memberi peluang untuk bekerjasama dengan mereka.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Malaysiakini

Exit mobile version