Site icon TechNave BM

KKD ingatkan rakyat untuk tidak terpedaya dengan panggilan “scam” melibatkan perbuatan jenayah

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) ingin mengingatkan rakyat supaya tidak terpedaya dengan penipuan terbaharu oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dan menyamar sebagai wakil daripada KKD.

Dalam penipuan ini, seorang individu akan menerima penggilan telefon yang kononnnya beliau telah disenarai hitam atas perbuatan jenayah dan kini dikehendaki menghubungi pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

KKD menafikan sebarang bentuk panggilan telefon sedemikian kepada rakyat Malaysia. Mereka menyarankan orang ramai untuk berwaspada jika mereka menerima panggilan telefon palsu ini dengan modus operandi yang menggunapakai nama KKD.

Di samping itu, orang ramai digalakkan untuk membuat semakan kesahihan sebelum memberi maklumat lanjut kepada polis atau merujuk CCID Scam Response Centre di talian 03-26101559 atau 03-26101997 (National Response Scam Centre – NSRC) dalam masa 24 jam sekiranya disyaki telah menjadi mangsa penipuan.

TechNave berharap para pembaca akan terus berhati-hati dengan pelbagai taktik scam pada waktu ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version