Isu capaian internet khususnya di kawasan luar bandar akan diselesaikan menjelang Jun, kata Menteri Komunikasi dan Digital (KKD), Fahmi Fadzil. Beliau berkata kementeriannya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi itu bagi mengenal pasti dan mencari penyelesaian.
Fahmi berkata, perkara berkaitan capaian internet boleh diselesaikan hampir sepenuhnya sekiranya syarikat telekomunikasi dapat bekerjasama seperti berkongsi menara telekomunikasi. Fahmi mengingatkan SKMM jika boleh masalah perkongsian rangkaian dan kualiti akses internet akan diselesaikan menjelang Jun.
Beliau telah berbincang dengan syarikat telekomunikasi sebelum ini dan mereka menyatakan kesediaan untuk bekerjasama. Mungkin syarikat telekomunikasi memerlukan sedikit masa untuk berbincang sesama mereka. Bagaimanapun, Fahmi berkata capaian internet tidak boleh hanya diukur dengan bilangan menara telekomunikasi di mana-mana satu kawasan sahaja.
Ia juga perlu dilihat berdasarkan keadaan dan geografi lokasi terutamanya 3% kawasan berpenduduk yang masih tidak mempunyai liputan internet. Oleh itu, beliau akan berusaha untuk capaian jalur lebar wayarles yang akan menggunakan teknologi seperti satelit. Mungkin, kita akan melihat Wide Space TV dan beberapa teknologi lain yang akan membantu menyediakan akses.
Beliau juga berkata kementeriannya sedang mengkaji keperluan untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang telah digubal suatu ketika dahulu bagi mengikuti perkembangan digital semasa. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

