Site icon TechNave BM

KKD: Pakej pascabayar khas untuk penjawat awam akan diumumkan hari ini

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) bersedia memperkenalkan pakej pascabayar mudah alih khas untuk penjawat awam hari ini. Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pakej baharu itu adalah penyelesaian kepada aduan kakitangan barisan hadapan di lapangan berhubung harga langganan pascabayar mereka.

Menurut sumber, Fahmi mengesahkan perkara itu ketika bercakap kepada pemberita selepas merasmikan program Merdeka@Komuniti di Dengkil semalam. KKD akan mengadakan perbincangan dengan syarikat telekomunikasi hari ini untuk pakej pascabayar khas yang berpotensi untuk petugas media.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia boleh memanfaatkan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih dengan had kelajuan 30Mbps berharga RM69 sebulan. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, penurunan harga internet juga akan dilaksanakan mulai September 2023.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Bernama

Exit mobile version