Site icon TechNave BM

KKD: Telegram satu-satunya platform media sosial yang tidak beri kerjasama kepada kerajaan

Menteri Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Fahmi Fadzil berkata pihak Telegram masih enggan memberi kerjasama kepada kerajaan Malaysia, walaupun selepas mereka dipanggil sejak Januari tahun ini.

Beliau berkata pihak pengurusan platform media sosial lain seperti Meta (pemilik Facebook, Instagram, WhatsApp), TikTok dan Twitter telah memberi kerjasama yang baik, namun hanya pengurusan Telegram yang masih gagal berbuat demikian.

Sebelum ini, pihak pengurusan Telegram kerap dipanggil oleh KKD kerana mereka menerima banyak aduan berkaitan salah guna platform tersebut, seperti kes penipuan dalam talian, penyebaran bahan lucah dan penjualan dadah.

Aduan terbaru yang diterima oleh beliau adalah daripada Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), di mana terdapat pihak yang menjual point untuk doktor melalui Telegram. Doktor sepatutnya mengikuti persidangan, seminar dan kursus untuk kemajuan kerjaya, namun terdapat pihak yang menjual point untuk mempercepatkan kemajuan kerjaya secara salah.

Sehubungan itu, beliau meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk meneliti tindakan wajar yang perlu diambil terhadap pihak Telegram.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Astro Awani

Exit mobile version