Site icon TechNave BM

KKM anggap kit ujian pantas COVID-19 oleh MYEG sebagai palsu

[KEMAS KINI 18 Mac, 3:30 petang] MYEG menegaskan bahawa kit ini masih dalam proses pengiktirafan oleh pihak berkuasa. Pelanggan yang berminat juga boleh membuat pra-tempahan di sini.

[BERITA ASAL]:

Dalam sebuah kemas kini di Facebook, Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengesahkan bahawa kit ujian pantas COVID-19 yang diiklankan oleh MYEG adalah palsu.

Sebelum ini, MYEG mengatakan bahawa mereka akan mengeluarkan sebuah kit ujian pantas COVID-19 di Malaysia dan Filipina. MYEG mengatakan bahawa kit itu boleh mendapatkan keputusan secepat 30 minit dan sampel ujian tidak perlu dibawa ke makmal untuk ujian lanjut.

Sewaktu siaran akhbar untuk kit itu diadakan, MYEG mengatakan bahawa mereka sedang menunggu kebenaran daripada pihak berkuasa untuk penggunaan dan pengedaran kit tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook

Exit mobile version