Site icon TechNave BM

KKM jelaskan ciri ‘Sah’ di aplikasi MySejahtera

Pasti dikalangan anda melihat akan status ‘Sah’ (verified) pada akaun aplikasi MySejahtera setiap kali memasuki premis. Ini untuk menunjukkan sekiranya akaun anda adalah sah atau tidak.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberitahu ciri terbaru ini di akaun Facebook mereka. Pengesahan ini membolehkan anda menunjukkan sijil vaksinasi anda dan sebagainya manakala bagi akaun mereka yang masih belum disahkan akaun tidak dapat melihat sijil vaksinasi anda.

Untuk mengesahkan akaun anda, anda perlu menekan butang “Sahkan Sekarang” dan ikuti langkah-langkahnya. Ciri baharu ini penting bagi mereka yang merancang untuk melancong ke luar negara terutamanya bermula pada 1 April 2022 setelah pembukaan sempadan negara. 

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Facebook MySejahtera 

Exit mobile version