Site icon TechNave BM

KKM lancarkan teknologi kamera badan ketika tugas penguatkuasaan

Semalam, Kementerian Kesihatan (KKM) telah melancarkan inisiatif penggunaan teknologi kamera badan ketika tugas penguatkuasaan oleh anggota penguat kuasa.

Menteri KKM, Dr. Zaliha Mustafa mengatakan penggunaan kamera badan itu adalah untuk memastikan ketelusan dalam pelaksanaan penguatkuasaan dan keselamatan pegawai penguat kuasa.

Teknologi itu digunakan bagi mengatasi isu ancaman ke atas pegawai penguatkuasa daripada penjual, pemilik premis dan orang awam seperti ugutan bunuh, cubaan memukul dengan batang besi, ancaman lisan dengan kata-kata kesat dan cubaan memberi rasuah.

Penggunaan teknologi itu dimulakan khusus bagi kerja-kerja penguatkuasaan kakitangan, pegawai Program Kesihatan Awam dan Program Farmasi. Sesi Simbolik Pemakaian Kamera Badan kepada Penguatkuasa KKM disempurnakan Dr. Zaliha sambil disaksikan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dengan teknologi sebegini, ia dapat mengelakkan pelbagai tuduhan serta pembuktian ke atas anggota penguat kuasa yang menjalankan operasi penguatkuasaan. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version