Site icon TechNave BM

KKM mengesahkan 11 zon merah di Malaysia, melebihi 41 kes COVID-19

Terkini, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memuat naik satu perkongsian di laman Twitter sekaligus mengesahkan bahawa terdapat 11 daerah zon merah di seluruh Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, zon merah ini adalah daerah kawasan yang melebihi 41 kes penularan COVID-19. Antara 11 kawasan zon merah tersebut adalah Lembah Pantai dengan 167 kes, disusuli dengan Petaling Jaya dengan jumlah kes COVID-19 yang sama dan lain-lain kawasan seperti dalam infografik di bawah.

KKM menyarankan agar anda yang berada di daerah-daerah ini perlu meningkatkan langkah pencegahan dengan kekal berada di rumah. Luahkan komen anda di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter KKM

Exit mobile version