Site icon TechNave BM

Permohonan temu janji dalam talian untuk 112 klinik kerajaan hadapi isu teknikal sehingga 20 Julai 2022

Sistem Janji Temu Klinik merupakan inisiatif kerjasama antara MAMPU (Malaysian Administrative Modernisation and Management Planning Unit) dan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) untuk mendigitalkan perkhidmatan kesihatan dan pergigian di negara ini. Namun, KKM mengumumkan bahawa Sistem Janji Temu Klinik (SJTK) dalam talian kini menghadapi masalah teknikal

Usaha dijalankan untuk membaiki isu tersebut dan sebanyak 112 klinik kerajaan terjejas akibat isu teknikal ini. Sistem dijangka kembali normal pada selepas 20 Julai 2022. Klinik kerajaan yang terjejas terletak di tujuh negeri di Malaysia termasuk Selangor, Negeri Sembilan, Wilayah Persekutuan Labuan, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.

KKM menasihatkan rakyat Malaysia untuk membuat temujanji dengan menghubungi terus klinik kesihatan masing-masing. Senarai dan nombor telefon klinik kerajaan Malaysia boleh didapati melalui pautan ini.

Perkhidmatan tersebut boleh diakses melalui Portal MyGovernment atau melalui aplikasi mudah alih Sistem Janji Temu Klinik KKM yang terdapat di Google Play Store dan Apple App Store. Rakyat dan bukan warganegara Malaysia yang menetap di negara ini boleh menggunakan perkhidmatan tersebut untuk menempah temujanji bagi perkhidmatan kesihatan di klinik kerajaan secara dalam talian.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia

Exit mobile version