Site icon TechNave BM

KKMM batalkan arahan pengagihan spektrum 5G kepada syarikat telekomunikasi di Malaysia

Terkini, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) telah membatalkan pengagihan spektrum tertentu kepada syarikat telekomunikasi di Malaysia. Perkara ini didedahkan melalui sebuah kenyataan media oleh KKMM hari ini.

Melalui kenyataan tersebut, KKMM telah mengarahkan pengerusi SKMM untuk membatalkan arahan dan penentuan berkenaan penggunaan spektrum di dalam jalur frekuensi 700MHz, 900MHz dan 2600MHz. Semalam, pengagihan spektrum tersebut diagihkan kepada syarikat-syarikat telekomunikasi tertentu di Malaysia.

KKMM menyatakan bahawa pembatalan arahan dan penentuan ini adalah atas dasar isu teknikal dan undang-undang. Pengkajian semula akan dibuat terhadap perkara tersebut.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Star

Exit mobile version