Site icon TechNave BM

KKD gesa rakyat Malaysia berhati-hati, mesej penipuan bantuan RM900 melalui TnG eWallet

Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan penipuan baharu yang dikongsi melalui aplikasi SMS dan pemesejan. Mesej tular itu mendakwa bahawa RM900 akan dikreditkan kepada penerima Bantuan Warganegara Malaysia (BWM) melalui Touch ’n Go eWallet mereka.

Dalam satu kenyataan semalam pada 18 Disember 2022, Pasukan Tindak Balas Pantas (RR) KKD berkata kandungan mesej itu telah dikenal pasti sama dengan mesej tular palsu yang lain sebelum ini. Orang ramai dinasihatkan agar tidak terpedaya memberikan maklumat peribadi melalui pautan yang disediakan.

Kementerian seterusnya menggesa rakyat Malaysia supaya berhati-hati dan tidak menyebarkan mesej yang meragukan dan sentiasa merujuk kepada sumber rasmi untuk mendapatkan maklumat yang sahih. 

Hari ini, KKD mengulangi amaran itu dalam catatan Facebook dan menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah mengumumkan sebarang bantuan seperti dalam imej di atas. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Facebook KKMM

Exit mobile version