Site icon TechNave BM

KLIA merupakan lapangan terbang digital 5G pertama Malaysia

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) dan Maxis Bhd telah bekerjasama dalam membangunkan Lapangan Terbang Digital 5G pertama Malaysia di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MAHB dan Maxis dalam kenyataan bersama mengatakan bahawa kerjasama ini bertujuan mengembangkan rangka kerja transformasi digital bagi operasi Smart Airport yang menjadi sebahagian daripada inisiatif Airports 4.0.

Maxis akan mengendalikan telekomunikasi tunggal untuk menguruskan perkhidmatan kesalinghubungannya dengan menguruskan serta menyelesaikan rangkaian WiFi dan 5G di KLIA. Maxis juga cuba meluaskan sayapnya untuk memberikan perkhidmatan digital 5G kepada penyewa dan penumpang lapangan terbang MAHB pada masa hadapan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh, berkata kedua-dua pihak akan bertanggungjawab dalam penggunaan dan penyelesaian 5G Smart Travel and Tourism, Smart Retail serta Smart Security.

MAHB dan Maxis mewujudkan Smart Retail serta Smart Travel and Tourism yang akan memberikan pengalaman peribadi yang tiada tandingan bagi penumpang. Ia termasuk membina platform Tourist Hub untuk penumpang mempunyai akses ke panduan perjalanan, promosi dan tawaran.

Lapangan terbang sudah berkembang daripada hab transit untuk menuju destinasi kepada satu pengalaman perjalanan dari hujung ke hujung. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan teknologi baru ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Berita Harian

Exit mobile version