Site icon TechNave BM

KLIA mulakan sistem ‘Single Token’ untuk cepatkan proses daftar masuk

Mulai 29 Januari, Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) akan memulakan sebuah inisiatif iaitu penggunaan Single Token untuk mempercepatkan proses daftar masuk buat para penumpang. Buat masa ini, inisiatif itu hanya sekadar dalam peringkat ujian dan hanya sesetengah penumpang Malaysia Airlines Berhad (MAB) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sahaja yang boleh menggunakan sistem baru ini.

Untuk menggunakan sistem Single Token, penumpang perlu mendaftar masuk di salah satu kaunter H5 hingga H8 atau kios layan diri, dapatkan pas penerbangan dan pilih Single Token Program. Sewaktu penumpang melalui pemeriksaan keselamatan, sebuah pintu automatik akan mengimbas muka (facial recognition) ­penumpang. Sistem ini boleh menjimatkan beberapa minit jika dibandingkan dengan sistem pemeriksaan biasa.

Buat masa ini, hanya dua penerbangan yang boleh menggunakan sistem Single Token iaitu MH070 ke Lapangan Terbang Narita, Tokyo dan MH052 ke Lapangan Terbang Kansai, Osaka. Memandangkan sistem ini masih dalam peringkat awal, MAHB dan MAB menggalakkan penumpang yang melalui pemeriksaan Single Token untuk memberi maklum balas mereka di laman web MAB.

Adakah anda merasakan Single Token akan memudahkan proses menaiki pesawat? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Malaysia Airlines

Exit mobile version