Site icon TechNave BM

Kod QR bakal menggantikan bar kod tradisional dalam tempoh 2 tahun

Barcode and QR-code scanning phones. Vector illustration.

Kod bar yang telah menjadi sebahagian penting dalam pembungkusan produk selama hampir 50 tahun kini bakal digantikan dengan teknologi yang lebih maju iaitu kod QR. Kod QR yang dikenali kerana fleksibiliti dan kecekapan dijangka akan mengambil alih peranan kod bar dalam industri peruncitan global dalam tempoh dua tahun akan datang.

Peralihan ini dipimpin oleh GS1, badan standardisasi antarabangsa yang berharap teknologi ini dapat diterima secara meluas oleh peruncit dan pengguna. Berbanding kod bar lama, kod QR mampu menyimpan lebih banyak maklumat seperti tarikh luput, bahan alergen, ramuan dan cara untuk mengitar semula produk.

Ini memberi lebih banyak manfaat daripada sekadar label produk untuk membantu pengguna membuat pilihan yang lebih bijak dan menyokong inisiatif mesra alam. Contohnya, Woolworths di Australia berjaya mengurangkan pembaziran makanan sebanyak 40% dengan penggunaan kod QR yang membolehkan potongan harga sebelum produk tamat tempoh.

Penggunaan kod QR semakin berkembang selepas pandemik dengan orang ramai lebih terbiasa mengimbas kod QR seperti untuk melihat menu di kafe. Kod QR juga lebih tahan lasak berbanding kod bar lama menjadikannya lebih sesuai untuk pembayaran. Namun, peralihan ini tetap menghadapi cabaran kerana peruncit perlu melakukan pelaburan besar untuk menaik taraf sistem.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: WinFuture

Exit mobile version