Permainan mudah alih popular PUBG MOBILE mengumumkan kolaborasi muzik khas sempena sambutan ulang tahun ke-8 dengan pelancaran lagu tema bertajuk “Infiniti – Kita Up“. Lagu tersebut menampilkan tiga artis hip-hop tempatan iaitu Malique, Yonnyboii dan Kidd Santhe.
Menurut PUBG MOBILE Malaysia, kolaborasi dihasilkan bagi meraikan komuniti pemain yang telah menyokong permainan tersebut selama lapan tahun. Lagu yang dicipta menggabungkan artis dari generasi berbeza dalam industri muzik Malaysia yang mencerminkan kepelbagaian komuniti pemain PUBG MOBILE merangkumi pemain lama dan baharu.
Lagu “Infiniti – Kita Up” dijadualkan dilancarkan secara rasmi pada 27 Mac 2026 di pelbagai platform penstriman global manakala video lirik rasmi akan diterbitkan pada 3 April 2026. Sambutan ulang tahun ke-8 ini turut akan diserikan dengan persembahan secara langsung oleh Kidd Santhe dan Yonnyboii pada 4 April 2026 di Sunway Pyramid.
Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

