Site icon TechNave BM

Kolaborasi Microsoft dan Nike hasilkan Xbox One X dengan cetakan ikonik Jordan

Microsoft kali ini telah bekerjasama dengan Nike mencipta reka bentuk Xbox One seterusnya memperkenalkan konsol bertemakan Jordan. Kemunculan Xbox One X merangkumi kemasan dengan warna merah, cetakan ikonik Jordan serta logo Jumpman yang meliputi bahagian atas konsol.

Rekaan ini adalah untuk menyamai model sneaker Air Jordan III Retro U yang akan dikeluarkan pada hujung minggu ini. Jika anda berharap untuk mendapatkan keluaran Xbox One X ini, bersiap sedialah. Ini kerana Microsoft tidak menghasilkan produk itu dengan banyak. Satu-satunya cara adalah dengan retweeting ciapan ini dari akaun rasmi Xbox Microsoft.

Microsoft telah mencipta pelbagai konsol Xbox One yang tersendiri selama ini dan untuk pengetahuan anda koleksi Nike ini merupakan edisi terhad keluaran syarikat itu. Walau bagaimanapun harga sebenar konsol itu masih belum diketahui.

Apa komen anda tentang reka bentuk yang terbaru untuk Xbox One X ini? Kongsi pendapat anda di laman Facebook kami dan nantikan maklumat gaming rasmi melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Exit mobile version