Site icon TechNave BM

Kolaborasi Razer×BAPE hasilkan produk “streetwear” dan “gaming” edisi terhad bermula ~RM163

Jenama gaming popular Razer telah bekerjasama dengan jenama fesyen jalanan (streetwear) besar dari Jepun, A BATHING APE (BAPE), untuk menghasilkan siri produk gaming dan pakaian edisi terhad yang dihiasi rekaan celoreng ikonik BAPE. Produk edisi terhad ini akan dipasarkan dengan nama A GAMING APE di mana logonya adalah kepala monyet BAPE yang memakai fon kepala Razer Kraken.

Produk-produk Razer yang popular seperti tetikus DeathAdder V2, pelapik tetikus Goliathus V2 Speed dan fon kepala Opus akan dihiasi dengan celoreng BAPE, manakala pakaian BAPE seperti hoodie dan baju-T akan dihiasi dengan logo Razer.

Berikut adalah senarai produk di bawah barisan A GAMING APE:

Razer x *A Bathing Ape® DeathAdder V2: $89.99 USD (~RM368)
Razer x *A Bathing Ape® Goliathus V2 Speed: $39.99 USD (~RM163)
Razer x *A Bathing Ape® Opus: $299.99 USD (~RM1,224)
Razer x *A Bathing Ape® Rogue 15” Backpack: $179.99 USD (~RM735)
Razer x *A Bathing Ape® Full Zip Hoodie: $385 USD (~RM1,570)
Razer x *A Bathing Ape® Camo Team Tee: $179 USD (~RM730)
Razer x *A Bathing Ape® Black Tee: $115 USD (~RM470)
Razer x *A Bathing Ape® White Tee: $115 USD (~RM470)

Produk A GAMING APE boleh dibeli secara dalam talian bermula 4 Disember. Setakat ini tiada maklumat tentang keberadaannya di Malaysia, namun kita boleh jangkakan kehadirannya dalam bulan Disember atau Januari 2021.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan kolaborasi Razer×BAPE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version