Site icon TechNave BM

Kolaborasi Samsung dan Xbox untuk cloud gaming, pengguna Samsung Galaxy kini boleh bermain Forza Street

Acara Unpacked yang telah berlangsung semalam bertujuan untuk melancarkan beberapa peranti menarik iaitu siri Samsung Galaxy S20, Galaxy Z Flip dan Galaxy Buds+. Sebagai tambahan, Samsung turut mengeluarkan pengumuman berkenaan kolaborasinya bersama Xbox.

Kolaborasi yang tidak dijangka ini agak mengejutkan kami. Syarikat tersebut bekerjasama dengan Xbox untuk pengalaman melayari game berasaskan cloud yang premium. Pihak Samsung menyatakan bahawa pendedahan lanjut akan didedahkan pada masa akan datang.

Selain itu, Samsung turut mengambil kesempatan untuk mengumumkan kemunculan Microsoft Forza Street pada peranti Galaxy. Anda kini boleh mula membuat pra-pendaftaran di Google Play atau Galaxy Store.

Mungkinkah ini sebahagian daripada Project xCloud? Lontarkan pendapat anda di laman Facebook kami dan nantikan maklumat gaming rasmi melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: CNET

Exit mobile version