Site icon TechNave BM

Kompilasi pelancaran telefon di Malaysia pada Oktober 2024: Bulan khas untuk telefon “mid-range”

Selepas bulan September menyaksikan pelbagai pelancaran telefon pintar berprofil tinggi seperti siri iPhone 16, siri Xiaomi 14T dan Samsung Galaxy S24 FE, bulan Oktober hanya melibatkan pelancaran telefon mampu milik dan telefon kelas pertengahan (mid-range) sahaja untuk pasaran Malaysia.

Antara telefon yang menarik pada bulan lalu adalah Infinix Zero Flip iaitu telefon lipat yang pertama daripada Infinix, realme 13 Series yang menawarkan prestasi gaming tinggi untuk sebuah telefon kelas pertengahan dan TCL 50 Pro NXTPAPER yang mempunyai permukaan skrin mirip kertas.

Berikut adalah senarai telefon yang dilancar untuk pasaran Malaysia pada Oktober lalu:

Infinix ZERO Flip

Infinix HOT 50 5G

realme 13 Series 5G

HONOR 200 Smart

vivo V40 Lite 5G

TCL 50 Pro NXTPAPER

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan mana-mana telefon di atas dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version