Site icon TechNave BM

Kompilasi pelancaran telefon pintar Ogos 2020: Beri laluan kepada raja-raja Ultra!

Kita sudah pun meninggalkan bulan Ogos 2020 dan kita boleh lihat pelbagai pelancaran telefon pintar yang dilakukan sepanjang bulan tersebut, daripada peranti kelas pertengahan hinggalah flagship. Malah, terdapat beberapa peranti premium yang dilancar mempunyai perkataan “Ultra” pada namanya. Ayuh jenguk kembali peranti yang datang pada bulan lepas!

#1 realme V5

Telefon kelas pertengahan mampu milik dengan bateri besar yang mampu tahan lebih daripada sehari.

#2 Siri OPPO Reno4

Walaupun cipsetnya agak ketinggalan, kehadiran pelbagai fungsi fotografi dalam telefon ini tentu akan digemari mereka yang suka mengambil video dan gambar.

#3 Google Pixel 4a

Telefon pintar dengan versi Android asal namun tidak akan datang secara rasmi ke Malaysia.

#4 Siri Samsung Galaxy Note20

Telefon yang paling mendapat perhatian pada bulan Ogos, dengan dua varian termasuk Ultra.

#5 Xiaomi Mi 10 Ultra

Telefon edisi khas bagi menyambut ulang tahun Xiaomi ke-10, dilengkapi pelbagai spesifikasi tercanggih.

#6 Redmi K30 Ultra

Antara telefon terawal yang dilengkapi cipset Dimensity 1000+, menjadikannya telefon kelas pertengahan yang menghampiri prestasi flagship.

#7 Siri iQOO 5

Telefon flagship yang mempunyai sensor kamera Samsung GN1 50MP.

#8 OnePlus Nord

Siri telefon yang baru oleh OnePlus, menampilkan spesifikasi kelas pertengahan.

#9 realme C12

Telefon kelas permulaan yang tidak banyak beza dengan realme C11 yang dilancar sebelum ini.

#10 Gionee M30

Dilengkapi bateri gergasi 10,000mAh untuk mereka yang gilakan kapasiti bateri.

#11 Sony Xperia 8 Lite

Untuk mereka yang menggemari telefon panjang dengan nisbah aspek 21:9, ini telefon untuk anda.

#12 Siri ASUS ZenFone 7

Kembali dengan tiga kamera belakang yang boleh diputarkan 180°.

Manakah telefon pintar yang menarik perhatian anda? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version