Site icon TechNave BM

Kompleks pawagam GSC akan ditutup sepanjang bulan April

Walaupun setakat ini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mempunyai tarikh tamat pada 14 April ini, syarikat pawagam Golden Screen Cinemas (GSC) telah mengambil langkah awal untuk menutup semua kompleks pawagam mereka di serata negara sepanjang bulan April.

Dalam sebuah kiriman di Twitter, walaupun mereka ingin membuka semula perniagaan mereka secepat mungkin, syarikat tersebut mengatakan kesihatan dan kebajikan para pelanggan, pekerja serta masyarakat perlu diambil berat terlebih dahulu.

Ini adalah berita terkini tentang industri perfileman di Malaysia, selepas banyak filem yang pada asalnya dijadualkan untuk ditayangkan pada tahun ini, ditangguhkan ke tahun hadapan.

Adakah anda sudah pun merindui pawagam atau anda baik sahaja dengan menonton filem melalui perkhidmatan pelayaran filem dalam talian seperti Netflix? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Twitter

Exit mobile version