Terdahulu, HUAWEI sudah melancarkan komputer pertamanya di pasaran China. Terkini, HUAWEI mengumumkan secara rasmi bahawa HUAWEI MateStation S bakal dilancar buat pertama kali pada peringkat global di pasaran Malaysia.
Setakat ini, kita perlu menunggu tarikh keberadaan rasmi peranti ini di pasaran Malaysia. Berdasarkan paparan di laman HUAWEI Malaysia, HUAWEI MateStation S dilengkapi pemproses AMD Ryzen 5 4600G, setinggi 29cm dan selebar 9cm sahaja. Ia juga memiliki sensori jap jari yang diintegrasikan bersama butang kuasa. Anda boleh melihat spesifikasi penuhnya di pautan ini.
Pakej HUAWEI MateStation S dilihat bakal hadir bersama monitor berukuran 23.8 inci FHD beresolusi 1920 x 1080P dengan sokongan perlindungan mata yang diperakui TUV Rheinland.
Selain HUAWEI MateStation S, HUAWEI Malaysia juga bakal memperkenalkan HUAWEI MatePad 10.4 dengan paparan FullView 2K dan bateri sebesar 7250mAh. Anda boleh menyemak spesifikasi lanjut tablet di pautan ini.
Nantikan tarikh dan harga rasmi penjualannya di pasaran Malaysia melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda berminat dengan komputer meja dari HUAWEI ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook!

