Site icon TechNave BM

Komputer riba ‘gaming’ Redmi G dilancarkan: i7 + 144Hz + GTX 1650 Ti, harga bermula ~RM3,020

Terkini, komputer riba berfokuskan gaming pertama dari Redmi, Redmi G baru sahaja dilancarkan di pasaran China. Adakah spesifikasinya mememuhi tuntutan pengguna komputer riba dalam industri gaming? Semak spesifikasinya di bawah dan anda tentukan sendiri sama ada berbaloi atau tidak.

Antara spesifikasi yang mampu menarik perhatian pengguna adalah janaan pemproses Intel Generasi ke-10 i7, skrin berukuran 16.1 inci dengan kadar segar semula 144Hz, warna gamut sRGB 100% dan janaan grafik GeForce GTX 1650 Ti.

Lebih menarik, ia dilengkapi ciri khusus untuk gaming seperti sistem penyejukan Hurricane Cooling 2.0 dan sokongan kolaborasi multiskrin untuk anda menghubungkan peranti Xiaomi anda dengan komputer riba ini.

Redmi G hadir dengan varian RAM DDR4 sehingga 16GB dan SSD PCIe 512GB. Kesemua varian menyokong teknologi WiFi 6, namun Redmi G varian pemproses i5-10200H hanya menyokong kadar segar semula 60Hz.

Harga yang dipaparkan adalah harga rasmi di pasaran China yang ditukarkan ke dalam nilai mata wang Ringgit Malaysia (RM).

Setakat ini, kami masih ketiadaan maklumat berkenaan keberadaan komputer riba gaming Redmi G di pasaran Malaysia. Adakah anda teruja dengan kemunculannya? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: IT Home

Exit mobile version