Hari ini, ASUS Republic of Gamers (ROG) dengan bangganya mengumumkan barisan komputer riba gaming ROG Strix SCAR dan Strix G baharu. Strix SCAR 16, Strix SCAR 18, Strix G16 dan Strix G18 kini mempunyai reka bentuk baharu bersama perkakasan dalaman yang dikemas kini untuk Strix SCAR 17 dan Strix G17.
Dikuasakan oleh perkakasan daripada Intel, AMD dan NVIDIA terkini, Strix SCAR 16 dan 18 menampilkan cipset Intel Core i9-13980HX dengan 24 teras dan 32 thread bersama-sama GPU Komputer Riba NVIDIA GeForce RTX 4090 dengan kuasa 175W dan sehingga 240W dengan Dynamic Boost atau mod prestasi manual.
Sementara itu, Strix G16 dan G18 dilengkapi cipset Intel Core i9-13980HX dan GPU NVIDIA GeForce RTX 4080 dengan kuasa sehingga 175 W menggunakan Dynamic Boost dan Suis MUX yang sama dengan Advanced Optimus. Skrinnya menampilkan nisbah 16:10 dengan setiap model tersedia pilihan untuk paparan Nebula ROG QHD, kadar penyegaran 240Hz, masa tindak balas 3ms, kecerahan puncak 500 nits dan kadar liputan 100% warna DCI-P3.
Strix SCAR 16 juga tersedia dengan paparan Nebula HDR dengan kecerahan puncak sehingga 1100 nits dan kualiti gambar HDR. Untuk menyepadukan sistem Penyejuk Pintar terbaharu, ia menampilkan Teknologi Tri-Fan ROG yang telah diperkenalkan tahun lepas. Perkakasan untuk membuang habanya kini dibesarkan untuk semua model.
Ia meningkatkan pelesapan haba sehingga 92.23%. Strix SCAR 17 dan Strix G17 2023 mengandungi logam cecair Conductonaut Extreme pada cipset manakala SCAR 17 dipasangkan dengan ruang wap tersuai untuk prestasi penyejukan peringkat teratas.
Untuk ketersediaan dan harga, belum ada maklumat yang diberikan oleh ASUS tetapi kami menjangkakan komputer riba Strix baharu ini akan tiba di Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

