Site icon TechNave BM

Komputer riba multimedia Lenovo Yoga Slim 7i dan Yoga Duet 7i dilancar, harga bermula RM4,099

Lenovo Malaysia hari ini melancarkan dua produk baharu, iaitu komputer riba Yoga Slim 7i dan Yoga Duet 7i. Kedua-dua komputer riba ini sesuai digunakan untuk pelbagai tugasan pekerjaan dan hiburan serta dijual pada harga bermula RM4,099.

Lenovo Yoga Slim 7i merupakan komputer 14 inci yang merupakan komputer riba lapan teras paling ringan oleh Lenovo, jadi ia amat sesuai untuk mereka yang kerap bergerak ke sana-sini dalam menyelesaikan pelbagai tugas. Ia turut dilengkapi fungsi Smart Battery yang melaraskan penggunaan bateri secara optimum mengikut tugas yang sedang digunakan.

Lenovo Yoga Slim 7i.

Lenovo Yoga Duet 7i yang dilengkapi skrin sentuh 2K 13 inci pula merupakan komputer Yoga pertama di mana skrinnya boleh dipisahkan daripada badan komputer. Ia turut dilengkapi batang pen digital yang membuatkan komputer ini mudah digunakan buat pelakar ilustrasi dan kerja-kerja kreatif.

Lenovo Yoga Duet 7i.

Kedua-dua produk kini boleh didapati di laman web rasmi Lenovo Malaysia atau pengedar-pengedar sah, dengan harga bermula RM4,099 untuk Lenovo Yoga Duet 7i dan RM4,999 Lenovo Yoga Slim 7i. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membeli mana-mana produk ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version