Site icon TechNave BM

Komputer riba realme Book akan dilancar pada 18 Ogos

realme telah mengesahkan bahawa mereka akan melancarkan komputer riba pertama yang dinamakan realme Book namun mereka tidak pernah mengumumkan tarikh pelancarannya. Kini, tarikhnya telah pun diumum dan peminat realme boleh menantikan pelancaran komputer tersebut di China pada 18 Ogos jam 3:00 petang.

Setakat ini, realme masih belum mengumumkan sebarang spesifikasi komputer tersebut namun mereka telah pun berkongsi rekaannya yang menyerupai MacBook Air. realme Book telah pun ditunjukkan sewaktu pelancaran realme GT 5G pada Jun lalu, manakala dalam sebuah poster baharu pula, pelanggan boleh melihat rupa papan kekunci dan skrin komputer ini secara ringkas.

Berdasarkan spesifikasi yang telah tertiris, realme Book akan dilengkapi cipset Intel Core-i5 generasi ke-11, skrin 14 inci dengan resolusi 2K dan nisbah aspek 3:2 dan pengecasan pantas 65W. Untuk harga pula, ia dijangka akan dijual pada harga sekitar ~RM2,250.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan komputer riba realme ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Weibo

Exit mobile version