Site icon TechNave BM

Komputer riba realme Book dikesan di pensijilan 3C dengan pengecas 65W

Pada bulan lalu, realme telah mengacah dua produk baru mereka iaitu realme Book dan realme Pad di acara pelancaran realme GT. Namun sehingga kini, ia masih belum dilancarkan. Terbaru, realme Book telah dikesan di pensijilan 3C dengan butiran baru mengenainya.

Di penyenaraian tersebut, realme Book disahkan bakal menggunakan pengecas VCA7JECH yang menawarkan kelajuan 65W (20V*3.25A). Penyenaraian ini telah diusulkan oleh realme Chongqing Mobile Telecommunications Corp. Ltd. Kelajuan pengecasan ini tidaklah jauh berbeza berbanding komputer riba lain dari syarikat seperti HUAWEI atau HONOR.

Mengikut sumber lalu, realme Book akan hadir dengan reka bentuk seakan MacBook Air. Terdapat dua port USB-C pada sisi kirinya manakala kanannya terletak bicu audio 3.5mm dan port USB-A.

Komputer riba ini dijangka akan menggunakan skrin 14 inci FHD LED dengan nisbah aspek 3:2. Selain itu, ia dijangka akan dikuasai oleh cipset Intel H35 atau H45 dengan varian teras i3 dan i5.

Buat masa ini, tiada lagi berita mengenai tarikh pelancaran peranti ini namun ia dijangka akan memasuki pasaran pada bulan Ogos ini. Untuk harga, ia mungkin akan dijual pada tanda harga sekitar INR40,000 (~RM2,279).

Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version