Site icon TechNave BM

Komputer riba RedmiBook Pro dilengkapi papan kekunci cahaya bersaiz penuh, Intel Core H35 Gen 11

Selain dari telefon siri Redmi K40, Redmi juga dijangka akan melancarkan komputer riba terbaru mereka RedmiBook Pro tidak lama lagi. Berdasarkan sumber rasmi, komputer riba ini adalah komputer riba Redmi yang paling berkuasa setakat ini.

Terbaru, Redmi menunjukkan sebuah lagi poster promosi RedmiBook Pro. Poster RedmiBook Pro memberitahu bahawa peranti ini akan dilengkapi papan kekunci cahaya bersaiz penuh.

Untuk spesifikasi lain, komputer riba RedmiBook Pro akan hadir dengan pemproses Intel Core H35 generasi ke-11. Pemproses ini hadir dengan 4 teras serta 8 bebenang dan frekuensi turbonya mampu mencapai setinggi 5.0Ghz.

Untuk teras tunggal, prestasinya adalah 9% lebih baik dari pemproses Intel Core U generasi ke-11. Manakala untuk teras pelbagai, prestasinya adalah 40% lebih baik.

Komputer riba RedmiBook Pro ini juga dijangka akan hadir dengan skrin beresolusi 2K. Selain itu, ia akan dilengkapi storan SSD jenis NVMe, pengecasan PD serta sensor jap cari untuk pembukaan peranti ini.

Adakah peranti ini akan dilancarkan bersama telefon siri Redmi K40? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version