Site icon TechNave BM

Komputer riba VAIO baru akan dilancar pada 15 Januari

Tahun lalu, jenama komputer riba VAIO dilaporkan akan melancarkan produk baru pada awal 2021. Kini syarikat tersebut sudah pun menyediakan tarikh spesifik untuk pelancaran itu iaitu 15 Januari, berdasarkan maklumat daripada laman web e-dagang India Flipkart.

Syarikat Nexstgo yang berpengkalan di Hong Kong telah pun memperoleh lesen untuk mengilang, menjual dan memasarkan komputer riba VAIO di India serta pasaran Asia yang lain seperti Hong Kong, Macau, Malaysia, Singapura, Taiwan dan negara-negara Timur Tengah.

Gambar daripada Flipkart

CEO Alex Chung mengatakan syarikat itu merancang untuk melancarkan komputer riba berkualiti tinggi pada tiga bulan yang akan datang. Komputer itu dikhabarkan akan dilengkapi cipset AMD Ryzen dan “direka untuk kegunaan dalam pejabat moden.”

Adakah anda teruja dengan kehadiran semula komputer riba VAIO? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: TechRadar

Exit mobile version