Site icon TechNave BM

Konami lancarkan eFootball™ 2024 dengan Lionel Messi menjadi duta global

Konami Digital Entertainment Limited telah mengumumkan pelancaran produk bola sepak unggulannya iaitu eFootball™ 2024. Terdapat sejumlah pembaharuan dan tambahan untuk pengguna dari pelbagai tahap kebolehan dan pengalaman untuk menikmati permainan ini secara menyeluruh.

KONAMI telah mengekalkan senarai kelab rakan termasuk beberapa pasukan bola sepak yang ikonik seperti Manchester United FC, FC Bayern München, Internazionale Milano, AC Milan, Arsenal FC, dan FC Barcelona. Seterusnya, kit, stadium dan skuad telah dikemaskini dalam permainan untuk mencerminkan musim baharu mengikut perpindahan pemain.

eFootball™ juga menjadi satu-satunya tempat di mana pengguna boleh bermain di tempat-tempat ikonik seperti Allianz Arena, Spotify Camp Nou, San Siro dan Stadio Olimpico. Perubahan utama dalam permainan berpusat pada dribbling dan pertahanan.

Tindak balas kawalan yang lebih baik akan membolehkan pengguna meniru keputusan sekelip mata yang dibuat pada peringkat elit dalam bola sepak membolehkan pemain mengawal bola dengan lebih dekat. ‘Boosters’ adalah ciri baharu dalam eFootball™ yang memberikan pengguna keupayaan untuk lebih meningkatkan sifat-sifat pemain kegemaran mereka.

Boosters’ akan membolehkan pemain beraksi melebihi parameter biasa (had 99). Ini bermakna pengguna boleh membesarkan kemahiran individu dan sifat-sifat pelbagai pemain dalam ‘Pasukan Impian’ mereka.

Dalam edisi ini, pengguna juga akan menerima kad Messi Epic eksklusif yang dilengkapi dengan ciri ‘booster’ yang baru, satu set 10 Pemain Sorotan, 11 set 4,000 EXP dan 300 eFootball™ coins. Dengan ‘Startup Campaign’ yang baharu melalui siri Bonus Log Masuk, pengguna boleh mendapatkan 4 ‘Peluang Membeli’, 360,000 GP, 60,000 EXP dan 120 eFootball™ Coins.

Selain itu, melalui pencapaian kempen, pengguna boleh menambah 400,000 GP, 120,000 EXP, 100 eFootball™ coins dan 4 Program Latihan Kemahiran. Untuk mengikuti pelbagai pembaharuan dan evolusi “eFootball™”, layari laman utama permainan di sini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version