Site icon TechNave BM

Konferens Apple WWDC 2020 ‘online’ bermula 22 Jun, ketahui perancangan Apple terkini dan di masa hadapan

Jika sebelum ini anda kerap mengikuti perkembangan teknologi semasa, anda pasti mengetahui nama-nama konferens teknologi tahunan. Antara konferens popular yang berlangsung secara tahunan adalah konferens Apple, Worldwide Developers Conference (WWDC). Apple kini mengumumkan bahawa konferens pada tahun 2020 ini (WWDC20) akan berlaku secara dalam talian melalui aplikasi dan laman web Apple Developer bermula pada 22 Jun 2020.

Memandangkan WWDC berlaku secara dalam talian, maka penyertaan daripada pembangun aplikasi dan lain-lain di seluruh dunia adalah percuma. Untuk pengetahuan anda, konferens ini bukan sahaja menjadi platform untuk pengumuman kemas kini iOS, iPadOS, MacOS, tvOS, watchOS, tetapi juga menjadi medium untuk memaklumkan peminat teknologi berkenaan perancangan Apple di masa hadapan.

Sebagai tambahan, Apple juga akan membuka peluang untuk pelajar aplikasi Swift Playgrounds menyertai cabaran Swift Student Challenge dengan menghantar pemandangan interaktif yang direka melalui aplikasi tersebut untuk memenangi jaket dan pin khas WWDC20. Layari pautan ini untuk maklumat lanjut mengenainya.

Adakah anda tidak sabar untuk mengetahui kemas kini terkini dan perancangan Apple yang seterusnya? Kami menjangkakan pelbagai perspektif teknologi menarik yang bakal timbul. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version