Site icon TechNave BM

Konferens gaming, Game Developers Conference ditunda berikutan penularan Covid-19 atau Koronavirus

Terdahulu, konferens mudah alih sedunia MWC 2020 dibatalkan dek kerana penularan wabak Covid-19. Konferens gaming tahunan, Game Developers Conference (GDC) yang dijadualkan berlangsung pada 16 Mac hingga 20 Mac di San Francisco turut ditunda berikutan kebimbangan terhadap penularan wabak Covid-19.

Sebelum GDC diputuskan untuk ditunda, jenama gaming besar seperti Microsoft, Epic Games, Sony dan sebagainya telah menarik diri dari menyertai konferens ini. Sumber turut melaporkan penganjur GDC meluahkan rasa kecewa kerana tidak dapat menganjurkannya untuk kali ini.

Apa pun, mereka berusaha untuk membantu pihak yang telah bertungkus lumus untuk menyertai konferens ini seperti memberi pulangan wang dan sebagainya.

Sudahkah anda mengambil langkah berjaga-jaga daripada penularan wabak Covid-19? Beritahu kami di laman Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Verge

Exit mobile version