Site icon TechNave BM

Konferens pembangun Apple WWDC21 bermula 7 Jun ini secara dalam talian

Tahun 2021 kelihatannya sekali lagi akan menyaksikan konferens Apple WWDC dilangsungkan secara dalam talian sepenuhnya. Apple kini telah mengumumkan bahawa WWDC21 bakal dilangsungkan secara dalam talian bermula 7 Jun 2021.

Menurut Apple melalui siarannya, Apple Worldwide Developers Conference 2021 (WWDC21) bakal bermula pada 7 Jun hingga 11 Jun 2021 secara dalam talian. Melalui konferens ini, terdapat pelbagai pengumuman inovasi baharu termasuklah inovasi game, aplikasi dan lain-lain.

Selain untuk pembangun, peminat Apple boleh menantikan sistem pengoperasian baru peranti yang bakal dipamerkan seperti iOS, iPadOS, macOS dan lain-lain. Untuk pembangun muda pula, terdapat Swift Student Challenge yang boleh disertai.

Lihat halaman WWDC2021

Sebelum ini, Apple pasti meninggalkan jejak atau cebisan bayangan mengenai apa yang bakal diumumkan di acara pada poster atau halaman acara. Pada halaman WWDC21, imej memoji memakai kaca mata sambil melihat komputer riba telah dipaparkan. Kami tidak pasti sama ada ia adalah bayangan dari Apple tentang kaca mata AR terbaru atau sekadar paparan untuk menghiasi halaman sahaja.

Apa pun, nantikan liputan berita majlis konferens ini pada 7 Jun hingga 11 Jun 2021 melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Apple

Exit mobile version